my fluppyboo

Friday, November 2, 2012

artis wanita kurang sopan!!!

Sempena bulan Ramadhan ini, umat Islam seharusnya mengambil peluang untuk mempertingkatkan amalan yang baik dan meninggalkan yang buruk. Begitu juga dengan rata-rata artis tempatan yang juga tidak melepaskan peluang melakukan amal ibadah dalam bulan yang mulia ini.

Namun, lain pula cerita dengan seorang artis wanita ini. Sewaktu sedang berehat selepas kekenyangan berbuka puasa, GUA menerima satu panggilan dari seorang kenalan lama menyampaikan berita kurang enak mengenai artis seksi ini.

Dalam nada marah, teman GUA ini memberitahu yang dirinya sakit mata melihat aksi artis tersebut yang dengan selambanya merokok di tempat awam.

Mungkin ada segelintir yang menganggap ianya perkara biasa, namun dah namapun artis, dikenali ramai, adab dan perilaku mereka mestilah sentiasa menjadi buah mulut masyarakat.

Tambah teman GUA, sudahlah tidak malu merokok di tempat awam, bahkan cara duduk artis ini pun kurang sopan atau lebih tepat lagi kurang sedap mata memandang. Namun yang tak sedapnya, yang berada di sekelilingnya adalah orang-orang Melayu yang dah berkeluarga.

Lebih menyedihkan, si artis ini ditemani suaminya yang baru saja dinikahi tidak sampai setahun. Amboi, sporting sungguh si suami. Nasihat GUA, kalau ia pun nak merokok sangat, cover-cover line lah sikit.

copy & paste: gua.com.my

No comments:

Post a Comment